KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir mencuri perhatian setelah berkongsi momen mencuit hati saat rambutnya dipotong isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Aydat Jebat.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu video berdurasi pendek yang dimuat naik Nabil di laman Instagramnya.
“Bila @aydajebat guntingkan rambut…Batu belah batu bertangkup jadinya.
“Korang berani tak bagi bini potongkan rambut? Abang redho,” tulisnya.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi termasuk rakan artis, Dahlia Shazwan yang menulis di ruangan komen.
“Tak sure mana lagi bulat muka awak ke rambut awak,” selorohnya.