Yonnyboii antara 6 ‘rapper’ tampil lagu raya - Utusan Malaysia

Yonnyboii antara 6 ‘rapper’ tampil lagu raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda genre hip-hop, Yonnyboii, 22, tampil dengan single pertama raya, berjudul Rap Der Raya bersama lima lagi penyanyi rap lain.

Mendapat kerjasama dengan penyanyi rap, Luca Sickta, mereka percaya lagu raya perdana nyanyian bersama itu bakal memberi impak yang besar kepada dunia seni tanah air.

“Saya rakam berseorangan sahaja di rumah atas kerana kesibukan jadual harian dan diberi motivasi untuk meneruskan rakaman daripada Luca Sickta dan Def Jam Malaysia.

“Tentang rakaman video muzik pula, sangat menyeronokkan dan banyak pengalaman baru, dapat mengenali artis-artis yang lain. Malah dapat kenal kru produksi lebih rapat,” kata Yonnyboii lagu ini telah ditambah ‘perisa’ oleh rakan-rakan duet yang lain daripada ‘demo’ asal yang dihasilkan olehnya sendiri.

Selain Luca dan Yonnyboii, lagu itu juga menampilkan Abu Bakar Ali, Asyraf Nasir, Sigma dan Kmy Kmo. Rap Der Raya boleh didengar menerusi semua penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Def Jam Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya