Tiada persiapan tapi ramai nak taja Haqiem -Pengurus - Utusan Malaysia

Tiada persiapan tapi ramai nak taja Haqiem -Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bukan sahaja orang ramai dan peminat, pihak pengurusan Haqiem Rusli, FMC Music Sdn bhd juga mendakwa terkejut dengan tindakan penyanyi dan komposer tersebut yang tiba-tiba mengumumkan mahu berkahwin pada  pukul 2 pagi semalam.

Menurut Fatulrahim Salleh, 46, atau Amy, sebagai pengurus, dia mengaku tidak diberitahu mengenai pengumuman tersebut oleh Haqiem namun tidak menolak penyanyi itu sudah lama memberi tanda isyarat mahu menamatkan zaman bujangnya.

“Dia pernah beri isyarat nak kahwin, tapi tidak sangka pula pengumuman itu dibuat pada pukul 2 pagi semalam. Dia memang jenis susah tidur di waktu malam dan hanya akan tidur selepas solat subuh.

“Maka disebabkan itu kami di pihak pengurusan juga terkejut, kenapa nak buat waktu sebegitu? Jika dia beritahu perancangan untuk berkahwin itu dengan pengurusan, kami boleh susun baik-baik, misalnya buat sidang media dan sebagainya memandangkan ramai bertanya,”katanya.

Amy berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini bagi mengulas mengenai pengumuman tersebut yang dibuat oleh Haqiem pada pukul 2 pagi semalam menerusi platform Instagram live di akaunnya.

Selain itu, kata Amy, di pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah jika mana-mana artis mereka meluahkan hasrat untuk berumah tangga kerana tidak termaktub dalam kontrak untuk menghalang artis di bawah naungannya untuk berbuat demikian.

“Dia masih muda dan pengurusan hanya boleh memberikan nasihat mana yang terbaik. Tetapi keputusan terletak di tangannya. Kalau betul nak kahwin, Alhamdulillah, kita semua juga doakan yang terbaik buat dirinya dan pasangan.

“Tetapi selagi tidak lafaz akad nikah, kami semua tak dapat nak mengesahkan perkara itu terjadi atau tidak kerana setahu saya, Haqiem belum ada sebarang persiapan setakat ini.

“Tempoh enam bulan itu masih panjang tetapi sejak dia umumkan berita itu, tak dinafikan ramai yang menghubungi saya dan nak taja majlis perkahwinan Haqiem,”katanya.

Dalam pada itu, kata Amy lagi, dia tidak menolak ada kemungkinan Haqiem membuat pengumuman tersebut tempoh hari hanya kerana mahu melihat reaksi peminat-peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya