‘Tergamak, tak guna menyesal!’- Shahrulezad - Utusan Malaysia

‘Tergamak, tak guna menyesal!’- Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin, meluahkan rasa berang berikutan peningkatan drastik kes baharu jangkitan Covid-19 kerana sikap degil segelintir masyarakat baru-baru ini.

Menurut Shahrulezad atau lebih dikenali Budak Ijat, berkata, kes yang mencecah angka lebih 7,800 itu belum termasuk kes daripada kluster raya.

“Walaupun kerajaan dah larang tetap degil balik kampung dengan pelbagai alasan kononnya sambut raya cuma 300 tahun sekali. Kita tengok siapa yang mati lepas ini dengan kluster baharu mencanak naik,” katanya.

Budak Ijat juga mengakui bahawa dia sudah penat menasihati dan memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung bahayanya wabak itu.

“Tapi disebabkan ada segelintir manusia yang degil! Nauzubillah rasa dia saja betul. Covid ini sekadar mainan agenda Yahudi. Kalau lepas ini ibu bapa atau keluarga terlentang sakit angkara kesombongan dan kedegilan sendiri. Kenapa perlu saya berasa simpati atau kesian ya?

“Memang padan dengan muka korang. Dengan katil hospital semakin tak cukup, frontliner semakin penat, keadaan ekonomi pula, semakin meruncing.

“Jangan marah tau kalau ada ahli keluarga yang terpaksa nazak seorang diri di kampung atau rumah masing-masing dek tiada tempat nak pergi? Dah tak guna nak menyesal dah! Baca Yasin sajalah ramai-ramai buat panggilan Zoom,” tuturnya.

Berpuas hati dengan luahan panjang lebar di akaun Instagram miliknya, pengarah hebat drama Nur itu turut memberitahu, dia tidak ambil pusing sekiranya ada yang terasa hati dengan perkongsian tersebut.

“Sekarang ialah masa terima pembalasannya di atas kedegilan semua. Padan muka! Sumpah! Kali ini memang aku tergelak besar dalam masa sama menangis geram kepada korang semua yang tergamak jadi pembunuh ibu bapa sendiri!

“Mana tak puas hati, terasa atau tersinggung dengan posting aku kali ini dipersilakan block dan unfriend aku. Aku tak perlukan orang degil sombong ‘pembunuh’ sebagai peminat, kawan atau apa apa sajalah dalam hidup aku. Korang semua sampah!” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya