Solidariti buat Palestin - Utusan Malaysia

Solidariti buat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERHATIAN masyarakat dunia terus menerus bertumpu pada bumi Palestin kini yang tidak pernah kering dengan keringat dan air mata darah akibat kekejaman rejim Zionis.

Tragedi demi tragedi yang berlaku meskipun ada pihak yang buta hati tergamak menutup mata, peperangan dan penganiayaan yang berlaku terhadap umat Islam di sana bukan sesuatu yang perlu dipandang remeh.

Jika tidak dapat sama-sama turun padang berperang dalam perjuangan menyelamatkan bumi kelahiran para Anbia itu, sekurang-kurangnya solidariti dan sokongan buat rakyat Palestin tidak pernah lekang daripada setiap umat Islam termasuk mereka yang berpegang kepada prinsip perikemanusiaan sejagat.

Senario yang sama dapat dilihat dalam kalangan masyarakat Malaysia termasuk artis dan selebriti tanah air yang tidak gentar menyatakan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin menerusi platform media sosial masing-masing.

Aktif menggunapakai tanda pagar spesifik seperti #shameonisrael #savepalestin #freepalestin termasuk #israelkoyak , ada antara artis tempatan juga yang menukar gambar profil media sosial masing-masing dengan bendera Palestin.

Berikut, contoh beberapa artis dan selebriti tanah air yang berani menyatakan sokongan dan pandangan mereka dalam isu ini atas nama solidariti.

Heliza Helmi (The Helmis)

Umum mengetahui, Heliza dan adiknya, Hazwani ialah antara individu yang aktif memperjuangkan nasib rakyat Palestin menerusi badan sukarelewan yang disertai mereka.

Perjuangan mereka juga sudah agak lama. Malah sehingga ke saat ini, kedua-duanya tidak pernah gagal memberikan sokongan kuat termasuk membantu mengutip derma bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain.

“Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Gaza pada Disember 2012, terpampang papan tanda bertulis Welcome to Palestine.

“Saat pertama kali melihat orang Gaza, saya tak mampu menahan air mata, lalu ia tumpah dan orang Gaza pula yang tenangkan aku dan berkata “La Tahzan Innallaha Ma’ana, Jangan sedih Allah bersama kita,”katanya dalam salah satu hantaran dalam Instagram.

Nabil Ahmad

Tidak terkecuali menyatakan sokongan terhadap saudara di Palestin, ketika ini pengacara, Nabil Ahmad turut menjadi perhatian ramai.

Menggunakan gambar dan kapsyen yang berani dalam menjelaskan kekejaman Israel, jelas Nabil Ahmad ini antara usahanya.

“Kalau kita lihat di negara lain ada yang turun ke jalanan menyatakan bantahan. Di Malaysia tidak ada, jadi ini sahaja cara saya dalam membantu.

“Selain itu, setiap hari juga saya tetap mendoakan agar penduduk di Palestin ketika ini terus kuat dalam berhadapan dugaan,”jelasnya.

Faizal Tahir

Selain Heliza, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir juga aktif menyatakan sokongannya buat penduduk Palestin termasuk pernah menjejakkan kakinya ke negara tersebut, menyaksikan sendiri kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh saudara Islam di sana.

“Saya sudah tiada kata-kata lagi. Adakala rasa seperti saya sedang berada di ambang kekalahan dengan hanya melihat semua ini setiap hari.Tetapi, bagaimana saya boleh berfikir begitu di kala mereka adalah orang yang sedang berdepan dengan peperangan itu?

“Maafkan saya Ya Allah. Maafkan saya anak-anak. Maafkan saya Palestin. Maafkan saya kemanusiaan. Maafkan saya. Hanya saja jika saya dapat mengalihkan segala keperitan ini daripada semua itu.

“Dunia ini bukan untuk anda. Tetapi apa yang dijanjikan untuk anda tentunya tidak tertanding daripada apa yang anda semua lalui sekarang,”katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik memaparkan seorang kanak-kanak Palestin sedang trauma dengan peperangan yang berlaku.

Aina Abdul

Ketika selebriti lain menggunakan gambar dan kata-kata keras dalam menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin. Ada yang berbeza mengenai penyanyi ini.

Memilih untuk merakamkan kembali lagu Atouna El Toufoule , kongsi Aina Abdul lagu ini cukup bermakna buat dirinya.

“Saya pilih untuk merakamkan kembali lagu ini sebab sangat tersentuh dengan lirik dan melodi lagu tersebut. Malah saya juga akan menangis setiap kali membayangkan apa yang dilalui mereka di Palestin kini.

“Menggunakan medium laman sosial yang ada, saya sama juga seperti rakan selebriti lain cuba membantu. Selain itu saya turut meletakkan pautan untuk derma dalam memudahkan pihak lain dalam membantu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya