Red tidak mahu ikut trend - Utusan Malaysia

Red tidak mahu ikut trend

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketika ingin menceburi bidang muzik dengan lagu ciptaannya sendiri, ada yang mengatakan lagunya itu melawan arus trend yang diikuti ramai.

Namun, Red Rahimad yang merupakan seorang penulis lirik dan penyanyi rap, tidak peduli dengan komen tersebut kerana dirinya mahu melakukan sesuatu yang berbeza.

“Sebelum saya mula aktifkan diri dalam bidang ini, ada yang pernah berkata, ramai sekarang ingin dengar lagu rap yang boleh ‘hentak kepala’ bukan macam lagu ciptaan saya. Tetapi saya ambil risiko itu kerana saya memang tidak mahu buat sesuatu benda hanya untuk mengikuti trend semata-mata,” katanya kepada Pancaindera.

Lagu ciptaan pemilik nama Muhammad Redha Rahimad itu kebanyakannya berunsurkan perkara positif melibatkan ketuhanan ataupun situasi semasa yang dekat di hati orang ramai.

Red memberitahu, dalam setiap lagunya pasti akan diselitkan doa dan harapan supaya orang ramai boleh menerima dan faham mesej positif yang ingin disampaikan.

Katanya, lagu-lagu rekaannya bukan sahaja untuk berdakwah tetapi menceritakan situasi semasa dihadapi semua orang.

Mula jatuh cinta dengan menulis sejak di bangku sekolah, pemuda berusia 21 tahun itu membuat keputusan memuat naik video yang mengandungi lagu rekaan pertamanya di Instagramnya sekitar tahun 2019. Video tersebut berjaya meraih lebih 15,000 penonton dan sejak itu, Red mula menjadikan menulis lagu sebagai hobinya.

“Hobi saya menulis. Rap saya buat hanya sekadar suka-suka. Cita-cita saya juga tiada kena mengena dengan industri seni.

“Saya ingin menjadi seorang pegawai pembangunan sukan kerana saya juga aktif dalam bidang sukan,” kata pelajar Ijazah Sarjana yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA dalam bidang Pengurusan Sukan.

Namun begitu, anak kelahiran Perak itu tidak mengetepikan hobinya malah terus memperjuangkannya sehingga berjaya menjadi penulis lirik dan penyanyi di bawah COF Music pada Mac tahun ini.

Menjadikan Malique Ibrahim sebagai idolanya, Red akui inspirasi membuatkan dirinya mula menulis lagu adalah kerana lagu-lagu Malique yang dicipta dengan indah.

“Apabila saya mendengar lagu-lagunya, ia membuat saya sedar bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat indah jika gunakan dengan betul.

Red Rahimad baru-baru ini berjaya mengeluarkan lagu pertamanya di Youtube COF Music berjudul Cahaya yang dinyanyikan bersama Bobby D dan Ezat Lazim.

Sementara di Youtube peribadinya, Ruang Red, pemuda itu mengeluarkan kira-kira 60 lagunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya