Poova tak ubah identiti asal lagu raya - Utusan Malaysia

Poova tak ubah identiti asal lagu raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Poova, menyanyikan semula lagu hari raya, Bersama Di Hari Raya tanpa mengubah identiti asal kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman-zaman dulu apabila penyanyi bukan Melayu turut menyanyikan lagu raya.

“Saya menyanyikan lagu ini dengan cara yang tersendiri tapi tak ubah pun identiti asalnya. Diharapkan semua terhibur dengan dendangan Bersama Di Hari Raya yang saya bawakan ini.

“Semoga kita dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana mencadangkan lagu ini. Saya sendiri berasa semangatnya,” kata pemenang Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik Ke-21 (AIM21).

Menyifatkan penyanyi itu mempunyai vokal yang tersendiri, selaku pengasas JoePRC International, Joe Saiful, berkata, lebaran terdahulu industri diwarnai dengan ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyikan lagu-lagu raya. Justeru itu, dia mencadangkan lagu tersebut yang pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Helen dan Irene Savari iaitu Cenderawasih.

“Saya percaya lagu raya malar segar tetap menjadi seleksi wajib dalam menyambut hari raya biarpun ada lagu-lagu raya baharu yang berentak rancak dan santai.

“Tetapi, lagu bernostalgia yang pernah popular satu ketika masih lagi menjadi pilihan generasi kini. Iramanya ibarat sejarah yang tidak boleh dipadam. Poova yang mempunyai suara lantang sememangnya sesuai menyanyikan semula lagu itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya