Osman Ali sokong FDAM - Utusan Malaysia

Osman Ali sokong FDAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah terkenal, Osman Ali, menyokong penuh Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim, berhubung kenyataan rasmi kepada 1,200 ahli untuk menghentikan penggambaran sejak minggu lalu.

Ketika dihubungi, pengarah filem Pinjamkan Hatiku berkata, buat masa sekarang keutamaan harus tertumpu pada aspek kesihatan semua pihak.

“Saya menyokong penuh. Jika kita semua beri kerjasama, kebaikannya untuk jangka panjang. Kita kena beri kerjasama untuk menyokong proses lockdown ini, patuh demi masa depan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu FDAM mengeluarkan kenyataan rasmi berikutan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, menyeru semua ahli agar menghentikan penggambaran buat sementara waktu.

“Presiden dan Ahli Majlis Kerja ( AMK ) menyeru semua ahli menghentikan penggambaran buat sementara waktu memandangkan fenomenal trend kes harian yang semakin meningkat.

“Pihak persatuan menasihatkan agar semua ahli mematuhi prosedur operasi standard ( SOP ) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Majlis Keselamatan Negara ( MKN ),” tulis kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya