Nilai semula syarat wajib jadi penyanyi - Awie - Utusan Malaysia

Nilai semula syarat wajib jadi penyanyi – Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie menggesa persatuan-persatuan muzik membuat satu penilaian semula mengenai syarat wajib untuk seseorang menjadi penyanyi.

Susulan itu, Awie mencadangkan mereka memainkan peranan bersatu menentukan hala tuju artis sedia ada terutama yang baharu untuk membawa mereka menjadi artis rakaman, bukan hanya di platform Youtube sahaja.

“Saya ingin pakat ramai-ramai masuk dalam industri ini secara betul kerana sebagai seorang penyanyi, salah satu kelayakannya adalah perlu ada album penuh. Hal ini untuk menggalakkan mereka menyanyi lagu sendiri ketika membuat persembahan.

“Itu sahaja syarat wajib yang sepatutnya persatuan bawa untuk menjadikan mereka seorang bintang, baru mereka dapat lihat kekuatan seseorang penyanyi apabila ada lagu sendiri untuk dinyanyikan,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, menurut Awie, dia juga terfikir sampai bila warganet berpeluang menonton penyanyi cuma di Youtube sahaja memandangkan setiap penyanyi itu semestinya mempunyai keinginan untuk beraksi di pentas.

Sebelum ini, menerusi satu artikel yang menyifatkan beliau mempersoalkan kewujudan bakat baharu yang pantas dijulang sebagai artis biarpun sekadar mendendangkan lagu penyanyi lain di YouTube.

Kemudian, beliau menggelarkan golongan ini sebagai ‘pengacau’ dalam industri muzik dan mereka tidak diiktiraf sebagai selebriti kerana tidak melalui proses betul untuk menjadi artis.

Namun, Awie mendakwa penulisan itu terlalu kasar dan bersifat untuk melagakan beliau dengan orang lain serta hanya untuk mensensasikan artikel tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya