Lan Pet Pet mungkin tertekan - Saiful Apek - Utusan Malaysia

Lan Pet Pet mungkin tertekan – Saiful Apek

KUALA LUMPUR, 4 MEI 2021 - Sesi fotografi bersama artis, Saiful Apek ketika Majlis Aspirasi dan Anugerah Vieura di Pusat Konvensyen Bangi Avenue di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - ATHIRAH ( UTUSAN )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI : Pelawak dan pelakon, Saiful Apek, 51,  memohon semua pihak untuk tidak terburu-buru menghukum sahabatnya, Lan Pet Pet yang terlibat dalam sebuah insiden memukul seorang penghantar makanan baru-baru ini.

Menurut Saiful, bukan dia mahu memenangkan Lan, tetapi ada baiknya jika semua pihak memberikannya ruang untuk bertenang memandangkan sahabatnya itu juga masih belum terbuka untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai kejadian.

“Kita tidak tahu apa masalah dia, mungkin juga depresi sebab situasi semasa banyak memberi tekanan kepada banyak orang.

“Saya bercakap pun atas pengalaman sendiri. Sebelum ini pernah alami keadaan seperti itu tetapi sekarang mujurlah sudah boleh mengawal diri,”katanya.

Saiful berkata demikian semasa ditemui di majlis Malam Aspirasi dan Anugerah Vieura di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, di sini, semalam.

Selain itu, Saiful juga menolak andaian yang mengatakan Lan adalah seorang yang panas baran kerana sepanjang dia mengenalinya, pelawak tersebut bukan begitu.

Lan yang saya kenal bukan seorang lelaki perengus atau panas baran. Itu bukan sifat dia. Kami sahabat dan anggota Senario lain setakat ini juga belum lagi menghubungi Lan.

“Mengenali dirinya, kami biarkan dahulu dia bertenang dan beri ruang untuk dia menyelesaikan masalah dengan caranya sendiri. Bukan bermaksud kami membiarkan dia begitu sahaja, tetapi kami yakin dia akan datang juga berjumpa dan menjelaskan,”katanya.

Terdahulu, nama Lan Pet Pet atau nama sebenar Mazlan Ahmad, 51, hangat sejak kelmarin selepas satu rakaman video yang menunjukkan pelawak itu membelasah seorang penghantar makanan tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan Lan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku di hadapan Kedutaan Rusia itu pada petang semalam.

Dua tahun lalu, Lan pernah dikenakan hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah menumbuk muka seorang pengawal keselamatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya