PETALING JAYA: Perubahan penyanyi ‘otai’ tanah air, Mizz Nina, seorang artis yang menjadi tauladan terbaik warganet kerana tiada kontroversi membabitkan namanya selepas penghijrahan.
Susulan itu, perubahan drastik beliau yang mengejutkan ramai orang malah dapat sokongan yang positif daripada netizen.
Menerusi media sosial Facebook, Pemilik akaun Izzlara Mungawan memuat naik perkongsian keperibadian rendah diri penyanyi tersebut yang tenang berdakwah.
“Saya adore Mizz Nina dalam penghijrahannya. She turned into a new live. Anak kepada salah seorang taikun Malaysia. Jika diikutkan, segala jenis kontroversi dia boleh bikin.
“Namun, saya tidak pernah mendengar apa-apa khabar angin yang panas sewaktu penghijrahan beliau.
“Kadang-kadang yang terbaik adalah menjadi lebih ‘mahal’ daripada menjadi murah. Tiak perlu membuat kontroversi murahan dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, warganet bersetuju beliau tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi bagi menunjukkan tentang perubahannya, malah beliau banyak mengajak semua orang melakukan perubahan ke atas diri sendiri.
Sebelum ini, Mizz Nina telah melancarkan sebuah aplikasi berkonsepkan islamik dan gaya hidup muslim iaitu Qalby App.
Seterusnya, tujuan utama aplikasi tersebut diwujudkan untuk berkongsi mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi.