Sungguh! Geram betul Cik Bunga bila dapat tahu mengenai kerenah seorang ustaz selebriti seorang ini. Tak habis fikir Cik Bunga kenapalah dia tergamak buat begitu. Menurut seorang kenalan lama, baru-baru ini dia yang bekerja dengan stesen televisyen perlu berurusan dengan si polan ini yang dijemput sebagai tetamu khas untuk satu program berbentuk kerohanian. Biasalah, macam dalam cerita atau drama di TV, awal-awalnya semua indah. Semua okey dan tiada masalah. Tup-tup, malam sebelum tarikh ditetapkan untuk sesi rakaman berlangsung, kru pasukan dapat berita buruk. “Cik Bunga tahu, tengah malam pembantu peribadi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya