Loghat Utara kasar dan keras - Zaki Azeman - Utusan Malaysia

Loghat Utara kasar dan keras – Zaki Azeman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zaki Azeman, 27, memberitahu cara percakapan atau loghat bahasa negeri Perlis bunyinya kedengaran agak kasar dan keras.

Zaki berkata demikian kerana sebelum ini ada penonton yang menegur, bahkan menidakkan loghat pelakon drama Hilang Akal ituyang dikatakan seakan dibuat-buat.

“Masa berlakon drama Setelah Ku Dimiliki pun saya cakap loghat Perlis. Ada segelintir penonton yang kurang berpuas hati, tegur dan komen di laman media sosial saya.

“Mereka kata mana ada orang utara cakap macam itu. Bukan itu saja, siap kata saya bukan asal dari sana.

“Tapi tak mengapala, mungkin mereka tak pernah dengar orang Kuala Perlis cakap macam itu. Memang kasar dan keras ataupun pekat bunyinya,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Namun itu bukanlah satu alasan untuk Zaki berlakon sambil lewa. Setiap peluang dan kebebasan dalam berlakon yang diamanahkan oleh sutradara akan dilasanakan dengan sebaik-baiknya.

“Drama terbaharu pun sekali lagi saya cakap loghat Perlis. Memang seronok rasanya, betul-betul jadi diri sendiri, kira selesalah. Tapi, itu tidak bermakna saya boleh bersenang-senang. Berlakon tetap satu pekerjaan, jadi kena lakukan yang terbaik.

“Tak bolehlah kerap sangat loghat negeri asal, nanti ada pula cakap-cakap saya ambil mudah. Sekali-sekala cukuplah,” katanya yang berterima kasih kepada pengarah Reza Baharudin.

Saksikan lakonan Zaki bersama bintang lain, Amar Baharin, Shah Iskandar, Isyariana, Mona Allen, dan Zamarul Hisham dalam drama Hati Yang Dikhianati setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6 petang di Astro Prima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya