PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo memenuhi hasrat empat orang anaknya untuk mewarnakan rambut sempena menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini.
Menerusi perkongsian isteri penyanyi tersebut di Instagram, Sheila Hasim meluahkan rasa lega apabila sempat membawa semua anak mereka ke salon untuk blonde rambut sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula.
Tambahnya, dia turut memaklumkan Lan Solo terpaksa berhabis wang hanya untuk memenuhi permintan anak-anaknya itu.
“Awak tahu tak, buat rambut mereka berempat ini sahaja boleh botak kepala daddy beliau. Takkan itu pun nak kecam, duit daddy depa, bukan duit ampa.”
“Mommy? Belum tahu lagi daddy nak bagi apa, gelang emas agaknya,” katanya dalam perkongsian Instagram miliknya.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warganet dan mempersoalkan keperluan untuk mewarnakan rambut itu sedangkan mereka masih bersekolah.