PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi jelita, Elizabeth Tan, meminta warganet dan pengikutnya agar tidak hipokrit serta bersikap pilih kasih menerusi perkongsian yang dimuat naik di entri Instagram miliknya.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Knock Knock tersebut, tidak mengambil komen-komen negatif warganet terhadap perkongsian gambarnya di media sosial sebagai perkara yang serius.
Instagramnya kini kembali meriah dia dengan komen-komen berbaur lucah daripada lelaki miang di ruangan komen perkongsian yang disajikan, malah menyatakan dirinya tidak kisah sebarang komen mereka itu.
“Apa-apa yang kamu semua komen di media sosial saya, saya tidak kisah pun. Cuma minta satu sahaja, jangan jadi hipokrit serta jangan ada pilih kasih okay?” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ada segelintir warganet menegur lelaki gatal di ruangan komen akaun penyanyi itu agar tidak mengeluarkan kata-kata yang bagaikan tidak mempunyai rasa malu.
“Gatal sangat ke korang punya puyuh itu? Fikir bro fikir, memalukan kita sahaja jika kamu semua menulis perkara harassment (gangguan) terhadap wanita seperti ini.
“Agak-agaklah, isteri orang kot. Boleh minat tetapi jangan sampai tidak hormat suami dia,” tulis seorang pengguna Instagram.