Isteri hamil, anak pula menangis - Issey - Utusan Malaysia

Isteri hamil, anak pula menangis – Issey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Berkongsi kegembiraan dengan peminat mengenai isteri yang kini hamil lima bulan, pelawak dan personaliti radio, Issey Fazlisham, 33, bagaimanapun mengaku sukar mententeramkan kesedihan anak tirinya, Cataleya Humairah, yang merayu agar ibunya melahirkan bayi perempuan.

Menurut Issey, sebagai seorang bapa dengan pengalaman pertama, adakalanya dia tidak tahu cara terbaik untuk menjelaskan kepada anak tirinya itu walaupun mereka sekeluarga teruja bakal menyambut kehadiran cahaya mata tersebut.

“Tentulah saya gembira dan memandangkan ini juga adalah pengalaman pertama bakal menimang zuriat sendiri, saya teruja juga.

“InsyaAllah, isteri saya Aimi, dijangka akan bersalin sekitar Ogos atau September nanti. Cumanya, kami berdua runsing juga macam mana nak pujuk Cataleya yang nak sangat adik perempuan.

“Menangis dia bila kami pulang beritahu dirinya bakal dapat adik lelaki. Sebabnya, dia berharap benar ada adik perempuan untuk buat kawan. Dia merayu juga hendakkan adik perempuan, pening saya nak jawab,”katanya.

Issey berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia, semalam bagi mengulas perkongsiannya mengenai berita gembira tersebut yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya.

Selain itu, menurut Issey, secara peribadi dia juga pada awalnya menginginkan anak perempuan sementelah bahagia menumpang kasih dengan dua anak lelaki Aimi menerusi perkahwinan terdahulu wanita tersebut.

“Itu hasrat sayalah, tapi nak buat macam mana, rezeki dapat anak lelaki. Apa pun, Alhamdulillah atas kurniaan rezeki Allah SWT ini.

“Semoga dengan rezeki kurniaanNya ini, saya mampu berusaha untuk menjadi seorang bapa yang mithali dan melakukan yang terbaik buat keluarga kecil kami ini,”katanya.

Issey dan Noor Aimi Jamel, 34, bernikah pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Masing-masing pernah mendirikan rumah tangga bersama pasangan terdahulu namun menerusi perkahwinan pertamanya, Issey tidak dikurniakan zuriat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya