Iman Troye minta maaf, Sharnaaz turut puji - Utusan Malaysia

Iman Troye minta maaf, Sharnaaz turut puji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas mengelak untuk ditemu bual oleh pihak media sebelum ini, penyanyi muda, Iman Troye, 18, semalam tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung tindakan dangkalnya memuat naik status berbaur sensitif, Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan dalam Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Teman ini memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan yang kemudiannya telah membuatkan semua pihak berang dan kecewa dengan tindakannya itu.

“Assalamualaikum semua. Saya minta maaf atas kesilapan yang dilakukan dan saya mengakuinya. Betapa tidak sensitifnya saya dan seharusnya diri ini menyedarinya.

“Tidak ada niat untuk saya menyakiti sesiapa terutama buat semua para petugas di barisan hadapan dan mereka yang diduga dengan wabak Covid-19. Iman minta maaf dan InsyaAllah saya akan cuba belajar daripada kesilapan itu,”katanya.

Mengaku perkara itu tidak sepatutnya berlaku sedari awal, Iman juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi teguran buatnya berhubung perkara itu.

“Iman akan cuba jadi lebih baik, InsyaAllah. Jaga diri semua,”katanya.

Hantaran yang dibuat kurang lebih pukul 9 malam itu menerusi akaun Instagramnya itu kemudiannya mendapat respons pelbagai daripada banyak pihak.

Selain pengikutnya, turut kelihatan beberapa rakan artis lain termasuk artis senior seperti Sharnaaz Ahmad mengisi ruang komen dengan kata-kata nasihat buat Iman.

“Orang Malaysia ini mudah, minta maaf kemudian dimaafkan. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah gugur dalam Covid ini. Jangan buat lagi sudahlah, muda lagi dan suara sedap.

“Teruskan nyanyi. Nak duet roger, abang boleh rap tahu. Jangan gelak nanti abang marah! Tunjuk bakat kita, jangan tunjuk shempoi. Okey selesai, sekarang ini kita beralih semula kepada abang din,”selorohnya.

Selain Sharnaaz, pelakon dan selebriti Mawar Rashid juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan kata-kata semangat buat Iman.

“Tak mengapa sayang, kakak tahu adik tidak bermaksud apa-apa pun. Awak seorang yang ‘happy go lucky’, kakak sentiasa sayang awak. Tiada siapa menghukum awak, kalau ada yang menggunakan kata-kata tak elok itu, kita sama-sama doakan hati mereka lembut dan sayang Iman balik okey?”katanya.

Bagaimanapun, komen Mawar tersebut mendapat kecaman ramai lantaran dia dianggap sering menyokong mana-mana artis yang gagal mempamerkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Terdahulu, Iman mencetuskan kemarahan ramai selepas memuat naik status berbaur sindiran membabitkan angka kes baharu Covid-19 di Twitter yang membabitkan angka jangkitan dan kematian.

Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” ciap penyanyi yang ini selain turut meletakkan tanda pagar kerajaan gagal di Twitternya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya