PETALING JAYA: Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi layak dijadikan inspirasi dan ikon belia oleh kerana semangat jihadnya yang kuat memperjuangkan serta membela nasib umat Islam seluruh dunia.
Menerusi media sosial Facebook, pemilik akaun Fathinnurafiah memuat naik perkongsian keperibadian dengan mengatakan Heliza Helmi yang wajar dijadikan sebagai ikon.
Malah, dalam perkongsian tersebut juga, dia kagum dengan Heliza kerana tidak pernah kemaruk soal cinta di media sosial walaupun usianya sudah mencecah 35 tahun.
“Heliza Helmi bagi saya layak dijadikan ikon remaja. Tidak pernah kemaruk soal cinta dan jodoh. Malah, tidak dahaga kasih cinta daripada tulang rusuk, tidak menunjuk terlalu risau serta fikir gelabah soal jodoh.
“Pernahkah dia berkongsi ayat-ayat cinta? Ada? Inilah dia yang jenis betul-betul faham agama. Tidak ada jodoh di dunia, di akhirat pasti dan tiada air mata duka!
“Selain itu, dalam kepala otaknya hanya Syria, Palestin serta misi bantuan ke Gaza. Andaikan terkorban semasa perjalanan niat bantu sahabat di sana, syahid lah beliau!” katanya.
Dalam pada itu, melalui perkongsian itu turut menasihati ibu bapa di luar sana agar keperibadian Heliza dijadikan contoh baik mendidik anak-anak memahami Islam yang sebenar.
Pada ketika ini, Heliza Helmi antara artis aktif lantang bersuara mengenai kekejaman yang berlaku di Palestin serta tidak pernah berhenti menyebarkan perkongsian mengenai isu pergolakan negara tersebut melalui media sosialnya.