Pelakon, penyampai radio tanpa segan silu tak puasa - Utusan Malaysia

Pelakon, penyampai radio tanpa segan silu tak puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nampaknya, bermula pada minggu ini Cik Bungalah yang akan mengambil alih ruangan ini tanpa iringan sahabat Cik Bunga, si Pok Lip.

Ish, terasa janggal pula. Tapi, perasaan ini tak sama dengan janggalnya rasa bila mendengar cerita mengenai fiil seorang pelakon dan penyampai radio ini yang tak ada segan silu menunjuk diri tidak puasa di hadapan orang Ramadan lalu.

Sudah tentunya dia bukan seorang wanita yang datang bulan. Lelakilah!

Memanglah sekarang sudah masuk bulan Syawal dan kita semua pun baru sahaja menyambut hari raya. Tetapi susah juga untuk Cik Bunga nak husnuzon dengan keperibadian pelakon lelaki ini.

Bukan apa, setahu Cik Bunga, dia ini pernah diangkat menjadi ikon program tertentu. Kalau perangai tak puasa macam itu, macam manalah boleh jadi ikon ya? Macam tak kena pula.

Sebab itulah, bila Cik Bunga dengar pasal hal ini, berkali-kali juga ditanya pada kawan yang menyampaikan itu supaya tak tersalah dengar.

Tapi bila kawan Cik Bunga kata budak-budak kru pun bercerita hal yang sama, hmm… nak kata apa. Aduhai..pelik betul lah.

Sepatutnya semakin menginjak usia dewasa dan menua ini, semakin senonohlah perangai ye tak? Ini tidak.. Nak juga buat perangai macam budak kecil.

Malulah sikit dengan budak tadika yang entah-entah boleh berpuasa penuh daripada kita yang tua ini. Ish…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya