KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Ayu Raudhah, 36, selamat menimang cahaya mata bayi lelaki malam semalam.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi Instastory miliknya sekitar pukul 8 malam.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Mommy dan baby boy sihat dan selamat,” coretnya.
Bagaimanapun wajah anak kelima tidak didedahkan, cukup sekadar berkongsi tangan comel si manja.
Sementara itu, suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha, 33, meluahkan rasa syukur juga menerusi IG Story miliknya.
“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki,” tulisnya ringkas.
Untuk rekod, pasangan Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2.