Sephia bakal dapat adik - Elly Mazlein - Utusan Malaysia

Sephia bakal dapat adik – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Barangkali baru kini bersedia untuk membuat pengumuman, pelakon dan selebriti popular tanah air, Elly Mazlein, 41, mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Elly yang nama sebenarnya adalah Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, menerusi sebuah perkongsian dalam akaun Instagramnya.

Menurut penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Lina ini, dia bersyukur dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua sejak mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohamad Azlan Che Nuh, 30, pada tanggal 17 Januari tahun lalu.

“Alhamdulillah, ya Kak Kepom mengandung. Syukur Alhamdulillah, InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atuk akan dapat cucu lagi, papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak Manja akan dapat adik.

“Tapi kakak Manja minta adik perempuan. Mana-mana pun tak apa. Hanya mendoakan bayi dalam kandungan sihat dan dipermudahkan,”katanya.

Pun begitu, ibu kepada Putri Sara Sephia, 5, ini tidak pula mengumumkan usia kandungannya kini dan kekal mahu berahsia.

Menerusi pengumuman tersebut, Elly dilihat telah mengotakan janjinya untuk menghebahkan berita gembira seandainya dia ternyata memang sedang berbadan dua.

Ini berikutan sebelum ini dia dilihat sering cuba mengelak dan menepis soalan tentang kehamilannya setelah ramai meramalkan perkara baik tersebut beradasarkan kelainan bentuk badannya yang kini kelihatan berisi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya