Semooth Cafe, memang Shuib inspirasi saya - Shuk - Utusan Malaysia

Semooth Cafe, memang Shuib inspirasi saya – Shuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dikecam dan dicemuh dengan pelbagai kontroversi sebelum ini termasuk hilang mata pencarian sebagai seorang penyampai radio, Shuk Sahar, 35, bangkit memulihkan semangat dengan meletakkan fokus pada bidang perniagaan.

Meneroka dunia keusahawanan menerusi pembukaan Semooth Cafe di Wangsa Maju, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar juga menjadikan sahabatnya, Shuib Sepahtu sebagai inspirasi utama.

“Saya tahu, mungkin akan ada yang kata pembukaan jenama ini seakan-akan meniru kedai minuman yang diusahakan oleh Shuib yang kini sudah melata popularitinya. Terus-terang, saya sendiri memang ada bertanya dan meminta tips dan nasihat perniagaan daripadanya tapi tidaklah meniru.

“Sebagai seorang sahabat, Shuib memang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya yang masih baharu dalam dunia perniagaan ini,”katanya semasa sesi ramah mesra bersama media di kafe tersebut, semalam.

Menurut Shuk, antara pesanan yang Shuib berikan padanya adalah jangan mudah mengalah kerana dunia perniagaan mempunyai risiko dan hanya yang berani mencuba sahaja akan terus maju ke hadapan.

“Dia kata jangan mengaku kalah, terus jalan ke hadapan bila sudah jejak kaki dalam dunia perniagaan ini. Daripada fikir sahaja tapi tidak buat dan mencuba, kita tak akan dapat apa-apa.

“Ternyata dia memang idola saya. InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya nak giatkan lagi latihan dan nk ikut jejak langkah dia. Sasaran saya, nak buka enam lagi cawangan Semooth Cafe selepas ini. Doakan ya,”katanya.

Shuk bersama individu bertuah yang menerima tajaan seumur hidup daripada Semooth Cafe di Wangsa Maju, semalam.

Selain itu, kata Shuk, sempena pembukaan kafe tersebut, dia juga berhasrat menaja lima individu bertuah untuk makan dan minum di kafenya seumur hidup.

“Sebagai seorang yang pernah juga kehilangan kerja dan kena bermula semula daripada bawah, saya faham benar perasaan orang yang tidak punya kemampuan.

“Mungkin usaha ini tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya rezeki yang ada dikongsi bersama dengan cara saya tersendiri,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya