‘Selalu mesti kantoi’- Nadzmi Adhwa - Utusan Malaysia

‘Selalu mesti kantoi’- Nadzmi Adhwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadzmi Adhwa, 29, membuat kejutan lebih awal bersempena menyambut hari ulang tahun kelahiran isteri, Ardell Aryana yang ke 31 tahun.

Menurut Nadzmi, kejutan-kejutan pada tarikh hari lahir yang pernah dilakukan sebelum ini kerap gagal namun akhirnya kali ini dia berjaya dan menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Toyota Alphard.

“Dia tak pernah sekali pun minta apa-apa daripada saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada. Dialah pembakar semangat saya. Awak tak pernah minta saya apa-apa. Awak hanya suka kedai dua ringgit je. Saya nak kena bagi sesuatu dekat awak. Saya tak tahu awak suka atau tidak.

“Maaf sebab sambut ulang tahun awak awal sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat pada 13 April,” coretnya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ardell kelihatan terkejut dan sangkaannya suami masih belum pulang dari Johor.

“Awak dari Johor ke? Esok tak ada shooting?” kata Ardell sambil menahan sebak dan tersenyum gembira di samping anak pertama mereka, Urwa.

Terdahulu, Ardell membuat kejutan dengan membelikan sebuah komputer apabila Nadzmi menyambung pengajian peringkat Sarjana.

“Insya-Allah saya akan buat yang terbaik untuk Master ini. Kalau ada rezeki sampai Ph.D. Terima kasih kerana selalu sokong saya dalam apa jua bidang diceburi,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa yang dilahirkan pada 5 Jun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya