Nak elak isu majlis macam Neelofa - Utusan Malaysia

Nak elak isu majlis macam Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sering diasak dengan pertanyaan mengenai tarikh perkahwinannya dengan pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 29, Raja Syahiran, 28, mengaku perkara tersebut masih dalam perimbangan kedua-dua belah pihak.

Menurut penyanyi ini, isunya di sini bukan berdolak-dalih untuk berumah tangga, tetapi dia dan kekasihnya itu mahu memastikan segala urusan dibuat dengan teliti bagi mengelak sebarang masalah termasuk kecaman orang.

“Kami tak nak terburu-buru menyusun atur urusan perkahwinan ini atau hanya kerana mahu mendengar kata orang. Lagipun dengan situasi pandemik yang belum pulih ini, ia juga menjadi kerunsingan buat kami.

“Betul, boleh saja kahwin ringkas di pejabat agama, tapi kami ada perancangan sendiri. Nak buat majlis sekarang pun, tengoklah kebelakangan ini apa yang berlaku?

“Kalau boleh nak elak isu sebagaimana yang terjadi dengan majlis Neelofa misalnya. Ini kerana bagi saya, perkahwinan ini sepatutnya mendapat doa yang baik-baik daripada semua pihak. Tak naklah kena kecam,”katanya.

Syahiran berkata demikian semasa ditemui dalam majlis berbuka puasa dan pelancaran Medan Selera Masok di Kampung Baru, di sini, kelmarin.

Selain itu, kata Syahiran, walaupun kedengaran klise, namun dia dan Uyaina percaya kedua-duanya masih perlu mengukuhkan kestabilan ekonomi sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

“Bukan kami tak bersedia, masing-masing dari pelbagai aspek sedia saja. Cuma, mungkin ada hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini masih dilaksanakan dan ia membolehkan kami untuk fokus pada kerjaya dahulu.

“Jangan risau, bila betul-betul sudah ada tarikh kahwin nanti, kami akan maklumkan pada semua. Tiada istilah nak berahsia,”katanya.

November tahun lalu, Syahiran telah menghantar rombongan keluarga untuk merisik kekasih hatinya, Uyaina dalam sebuah majlis serba ringkas dan intim bersama keluarga terdekat.

Syahiran nekad berbuat demikian selepas 10 bulan berkenalan dengan bekas juara Pencarian Nona Manis 2015 itu sebelum kedua-duanya bersetuju untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya