Jika diukur sudut nilai dan keunggulannya, tidak keterlaluan mengatakan figura ini sudah cukup layak untuk diberi penghormatan tinggi dalam membina kerjayanya. Lebih 30 tahun berjuang mewarnai industri hiburan tanah air terutamanya dalam mengangkat irama rock ke persada lebih tinggi untuk dikenali. Bila era muzik rock menuju zaman suram, dia tidak angkat kaki mahupun mengalah. Perjuangan tetap diteruskan agar irama ini terus kekal relevan seiring menyusuri arus. Realitinya dia bukan sahaja mampu melaksanakan, malah berjaya memahatkan namanya sebaris dengan penghibur terkenal hari ini. Bersama Mingguan Malaysia, penyanyi yang pernah membina empayar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya