MFMF lebar sayap ke peringkat antarabangsa - Utusan Malaysia

MFMF lebar sayap ke peringkat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas meningkat popular menerusi penciptaan lagu Peluang Kedua bersama Hael Husaini dan nyanyian Nabila Razali, trio komposer yang dikenali sebagai MFMF kini mara melebarkan sayap kerjaya menerusi kolaborasi dengan artis antarabangsa.

Trio yang terdiri daripada Brendan Lim, Justin Seow dan Wee Zhen Yong ini, mempertaruhkan lagu Goodbye yang menggandingkan penyanyi Korea-Amerika iaitu Annale, Innigo Pascual (Filipina) dan pemain gitar dari Brazil, Mateus Assato.

Menurut Zen, kolaborasi tersebut membuka pintu buat mereka untuk meneroka pasaran muzik di luar negara dengan misi untuk memperkenal dan meluaskan lagi karya muzik anak tempatan ke mata dunia.

“ Ini adalah kolaborasi kedua MFMF di peringkat antarabangsa. Kami dapati video lirik lagu ini yang dimuatkan dalam YouTube sejak Mac lalu telah mendapat lebih 80,000 jumlah tontonan.

“Tentunya kami gembira dengan penerimaan ramai dengan hasil kerja kami. Untuk pengetahuan, kami juga pernah bekerjasama dengan penyanyi Vietnam, kumpulan Spuds dan penyanyi tempatan, Evelyn Feroza Fernandez untuk lagu 20 Minutes,” katanya.

Zen berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra-dengar lagu Goodbye yang diberi nafas baharu di ibu kota, baru-baru ini.

Selain itu, kata Zen, karya terbitan Mako Entertainment ini pernah didendangkan Annale dalam bahasa Korea, manakala David Chua Boon Ghee bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Zen juga memberitahu proses penerbitan lagu Goodbye itu juga dirakamkan pada September tahun lalu.
Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya