Jodoh Haliza Misbun di usia 48 tahun - Utusan Malaysia

Jodoh Haliza Misbun di usia 48 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Haliza Misbun,48, selamat dinikahkan dengan seorang warga British sebayanya, Matthew John Rodgers dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi kira kira jam 5.25 petang hari ini.

Difahamkan, suami Haliza itu merupakan seorang duda anak satu dan bekerja sebagai perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa.

Majlis pernikahan mereka cuma dihadiri oleh seramai 50 orang tetamu dengan mematuhi prosedur operasi standard.

Pada majlis tersebut, Haliza menerima mas kahwin berjumlah RM80 selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik
membina keluarga baru.

Haliza turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki aktres itu, Othman Misbun.

“Alhamdulilah semua pertanyaan sudah terlerai. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Tapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan sudah hampir sempurna, menerusi perkahwinan pertama saya ini.  Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.

Menurut Haliza, bibit pertemuannya dengan suami bermula empat tahun lalu.

“Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain.

“Selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya.

“Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri dan mungkin itu juga faktor utama kami rasa saling serasi,”katanya.

Pada majlis berlangsung, Haliza mengenakan busana rekaan teman baik sendiri, Sutex atau nama sebenarnya, Mansor Harun sementara adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.

Haliza turut memberitahu, suaminya turut melakukan strim langsung di halaman Facebook untuk berkongsi detik bahagia itu bersama keluarga rapat di England.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya