Instagram digodam, tolong mami ! - Didie Alias - Utusan Malaysia

Instagram digodam, tolong mami ! – Didie Alias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Didie Alias, 49, memaklumkan akaun rasmi Instagramnya telah digodam oleh individu tidak bertangunggjawab dan mengingatkan kepada semua pengikutnya serta rakan-rakan artis untuk berjaga-jaga.

Didie atau nama lengkapnya Fadzilah Mohd, membuat pengumuman itu menerusi akaun Facebook miliknya selepas menerima kiriman WhatsApp daripada rakan artis, iaitu Zizan Razak, Fashah Sandha dan Aidil Aziz, memaklumkan mereka juga menerima direct message daripada akaun Ladydidiemsia.

“Kepada semua rakan-rakan artis dan sahabat-sahabat mami yang sedang mendengar berita ini. Sebarkan dan maklumkan kalau ada yang menerima sebarang mesej daripada IG mami, tolong jangan klik! Kalau ada terima, terus block sahaja.

“Tolong bantu mami sampaikan pesanan ini, kita semua cari rezeki dari Instagram, kesian kalau yang lain terkena. Sekarang ini dia sedang menggunakan akaun itu bertujuan untuk menggodam kawan-kawan lain termasuk yang follow mami.

“Begitu juga kepada mereka yang mempunyai pengikut yang tinggi, ingat jangan balas mesej daripada akaun mami,” pesan Didie.

Dalam perkongsian itu, Didie memberitahu dia sedang menunggu maklum balas laporan daripada pihak Instagram.

Meninjau akaun Didie, kesemua gambar dan video termasuk gambar profil ‘lenyap’ dan hanya jumlah pengikut sahaja yang tinggal sebanyak 515 ribu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya