Ingatlah dengan kematian - Khai Bahar - Utusan Malaysia

Ingatlah dengan kematian – Khai Bahar

Khai Bahar semasa majlis pelancaran album zikirnya di ibu kota, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tampil dengan album zikir pertama, Damba Ketenangan, penyanyi popular, Khai Bahar, 27, mengajak pendengar dan peminatnya untuk mengingati kematian menerusi trek bonus berjudul Perpisahan.

Menurutnya, lagu bonus selain lima alunan zikir lain seperti Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astagfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan Ya Zal Jalali Wal Ikram, bukan sahaja meninggalkan pesanan buat dirinya, malah buat semua orang tanpa mengira umur dan status.

“Saya fikir sebagai manusia, pengakhiran kita semua tetap sama iaitu mati. Cuma cara, bila dan bagaimana kita tidak tahu, hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.

“Jadi, bersesuaian dengan bulan Ramadan ini, marilah beramal sambil beringat tentang kematian,” katanya.

Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran album tersebut di The Pearl Hotel, Klang Lama, di sini, semalam.

Mengulas penghasilan karya kerohanian menggunakan populariti penyanyi itu, komposer, Dr Mohd Azrul Azlen berkata, kerjasama ini adalah untuk mencari alternatif menyampaikan mesej dengan lebih meluas.

“Kalau tidak menggunakan populariti mungkin mesej itu ada tetapi tidak meluas. Namun kalau kata mempergunakan itu tidak betul sebab kita melihat peranan dia sebagai penyanyi popular dalam mendendangkan lagu-lagu disulamk mesej yang baik-baik.

“Disebabkan itu populariti sangat penting untuk memberikan impak apatah lagi dalam menyampaikan mesej positif. Contoh mereka yang popular di luar sana, kesannya sampai kepada orang ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lagu Perpisahan itu turut mendapat sentuhan daripada komposer Rudy Nastia, Shamin Nazri.

Bercerita mengenai kenangan terindah di bulan Ramadan, anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia merindui suasana berbuka puasa bersama ibunya.

“Puasa ini tak ada lain selain kemeriahan apabila dapat berbuka puasa bersama-sama emak dan keluarga, pergi ke bazar dan terawih ramadan sama-sama. Seronok rasanya.

“Tahun lepas hanya sempat pulang beraya sahaja. Kalau saya balik rumah emak mesti akan masakkan makanan kegemaran seperti sambal ayam ataupun sambal bilis.

“Pun begitu, menariknya puasa tahun lepas saya tak masak atau beli sangat sebab ada peminat yang rajin hantar ataupun yang berniaga hantar untuk buat reviu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya