Hari ketujuh baru saya beritahu - Nad Zainal - Utusan Malaysia

Hari ketujuh baru saya beritahu – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selamat melahirkan zuriat keduanya pada petang Selasa lalu, pelakon Nad Zainal, 30, bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai jantina anaknya itu.

Tidak berniat untuk terlalu berahsia, kata Nad, dia akan mengumumkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

“InsyaAllah jantina anak akan saya kongsikan nanti pada hari ketujuh kelahirannya, terima kasih kawan-kawan yang hantar hadiah.

“Bagi kami bertenang dulu menerima orang baru. Harap maaf kalau lambat jawab mesej atau panggilan sebab urus orang baru,” tulisnya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Menjengah ruangan komen pada gambar yang dikongsi pelakon Takdir Yang Tertulis itu, Utusan Malaysia mendapati sehingga ke hari ini, Nad masih dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik.

“Terima kasih atas doa dan ucapan,” balasnya ringkas.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia juga, ramai kalangan pengikut Nad Zainal meneka pelakon tersebut kini menimang cahaya mata perempuan.

Hal itu diperkuatkan lagi apabila sebuah video yang dimuat naik Nad memperlihatkan bayi comel itu dibalut dengan kain berwarna merah jambu.

Terdahulu Nad sempat berkongsi perasaan gementarnya kembali selepas lima tahun tidak mempunyai zuriat.

“Gementar betul walaupun dah ada anak seorang tetapi sudah lama tak ada bayi, takut betul rasanya. Bukan takut nak masuk bilik pembedahan cuma nak berhadapan dengan bayi baru sebab dah lupa macam mana.

“Sambil-sambil fikir apa yang bakal ditempuh, baik berselawat dan berzikir. Sangat tenang. Tapi bila masuk bilik pembedahan, berborak seolah tengah main batu Seremban dengan doktor.

“Walhal perut tengah kena belah tak rasa tertekan langsung. Lagi tertekan kena swab,” katanya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya