Dua nama besar industri muzik tanah air dalam genre berbeza, Inteam dan Sam Bunkface tampil bersama-sama berganding menerusi sebuah lagu terbaharu Mencari Sinar. Ramadan ini lebih enak jikalau pendengar didendangkan lagu bertemakan kerohanian sementelah Mencari Sinar sarat membawa mesej tentang penghijrahan serta memberi motivasi untuk individu berubah menjadi lebih baik. Menerusi lagu tersebut juga dapat mengajak masyarakat untuk sentiasa muhasabah diri dan mengingati kebesaran Yang Maha Esa. Menurut Inteam, pihak Smileyriver pernah menjemput mereka berkolaborasi bersama penyanyi hebat, Alif Satar untuk lagu Jangan Menghina pada 2017. Kemudian kini ditawarkan sekali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya