‘Anakanda’ buat putera Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

‘Anakanda’ buat putera Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan single baharu berjudul ‘Anakanda’ ditujukan khas buat puteranya yang dilahirkan pada 19 April lepas.

Lagu ciptaan Siti Nurhaliza sendiri dan lirik oleh Rozisangdewi situ merupakan sebuah lagu yang berunsurkan rentak inang dan dimuatkan di dalam album kanak-kanak klasik, legasi yang dilancarkan pada 1 April lepas.

Menurut Siti, lagu tersebut dihasilkan ketika beliau sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan malah pemilihan rentak inang adalah bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album lagu kanak-kanak klasik, legasi.

“Anakanda ini merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi. Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu Comel Pipi Merah ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir.

”Anakanda menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anak lelaki serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.

”Seterusnya, melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik juga membantu perkembangan minda anak-anak. Anakanda bukan sahaja bentuk harapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahayamata,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Siti telah menyiapkan video muzik lagu Anakanda dan disiarkan secara rasmi di saluran youtube Siti Nurhaliza pukul 9 malam hari ini. Video muzik tersebut mendapat tajaan dan kerjasama daripada syarikat Cuckoo.

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya