Ada cubaan jatuhkan nama baik saya - Serina Redzuawan - Utusan Malaysia

Ada cubaan jatuhkan nama baik saya – Serina Redzuawan

Serina enggan lagi menoleh ke belakang menerusi kontroversi rumah tangganya dengan Aidid.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan anak kepada chef terkemuka negara, Serina Redzuawan,39, tidak menolak ada pihak mengambil kesempatan untuk menjatuhkan nama baik dalam kemelut rumah tangganya dengan seorang pegawai polis, Meor Mohammad Aidid.

Menurut Serina, dia juga menganggap fitnah kartel dadah ke atas dirinya sebagai tidak masuk akal selain khuatir boleh menjejaskan karier dan perniagaan telekung Serina Inspire yang telah dibina sejak dua tahun lalu.

“Apa yang keluar dalam laman web dan sosial media berunsur fitnah semata-mata di mana ia juga menjatuhkan nama baik dan reputasi perniagaan yang saya miliki.

“Mereka yang bercakap, seolah-olah tahu sangat apa yang terjadi sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Tak apalah, biarlah menjadi pengajaran kepada saya sebab mahu atau tidak saya perlu bangkit untuk terus berjuang kerana ini jalan yang dipilih,”katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Serina, sebolehnya dia tidak mahu urusan perniagaannya musnah begitu sahaja memandangkan banyak mulut perlu disuap terutama daripada aspek kebajikan ejen dan pekerjanya.

“Lagi satu, saya pernah menaruh harapan yang tinggi sebelum ini untuk menjadikan dunia perniagaan sebagai periuk nasi utama selepas ini sebagai peralihan daripada dunia seni yang sudah begitu lama diceburi.

“Kemudian, ada yang kata saya pula yang mengambil kesempatan menerusi kontroversi yang berlaku dan nak buat bisnes. Padahal, saya sudah berniaga terlebih dahulu dan tak ada niat sebagaimana yang disangka,”katanya.

Baru-baru ini, nama Serina hangat menjadi bahan kecaman warga net selepas dia didakwa bernikah dengan suami orang di sempadan Thailand tanpa pengetahuan bapanya, Chef Wan.

Konflik rumah tangga juga semakin memburuk, apabila bekas isteri pegawai polis tersebut tampil mendakwa dirinya belum diceraikan semasa Serina dan suaminya bernikah selain tidak mendapat kebenarannya.

Terdahulu, Serina pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 tetapi disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Oos 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya