Seniman wujud peluang perniagaan buat ahli - Utusan Malaysia

Seniman wujud peluang perniagaan buat ahli

ZED ZAIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur: Pandemik yang melanda dunia terus memberi kesan kepada pelbagai bidang. Malah anak seni juga tidak terkecuali berhadapan dengan waktu sukar dalam meneruskan kehidupan.

Memperuntukkan RM300,000 bagi membantu ahli yang terjejas, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dengan kerjasama dengan produk kesihatan VML merealisasikan program Survival Pandemik Anak Seni dalam mewujudkan peluang perniagaan kepada 100 ahlinya.

Melihat ini sebagai satu peluang untuk ahi Seniman sendiri menceburkan diri dalam bidang berbeza, Presidennya, Zed Zaidi juga turut yakin ini adalah usaha yang baik untuk membantu anak seni yang terjejas dari sudut pendapatan dalam meneruskan kelangsungan hidup melalui perniagaan.

“Kami sedar tidak semua anak seni mampu untuk memulakan perniagaan kerana memerlukan modal yang besar, menerusi usaha sama ini, mereka bukan saja mendapat bimbingan malah juga latihan asas modul perniagaan serta bantuan dari sudut promosi supaya dapat menjana ekonomi anak seni untuk bergelar ahli perniagaan.

“Besar harapan Seniman untuk melihat agar program ini akan menjadi satu usaha jangka panjang dalam membantu lebih ramai ahli. Buat masa ini kami mensasarkan bantuan ini sampai kepada 100 ahli Seniman,”katanya.

Menurut Zed, sebagai permulaan 50 ahli seniman sudah diberikan kit untuk memulakan perniagaan terbabit tanpa sebarang caj dikenakan.

“Antara selebriti yang menjadi sebagai kumpulan perantis pertama ialah Ayu Damit, Noralbaniah, Syukri Zainal, Badrul Muhayat, Kay AF, Keena, Ako Mustafa dan Ustaz Hanafi.

“Bantuan bukan sahaja diberikan melaui kelengkapan perniagaan tetapi turut diberikan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman dalam perniagaan,”jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya