Selepas Deen, Langkawi pula sohor kini - Utusan Malaysia

Selepas Deen, Langkawi pula sohor kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kalau namanya Neelofa, apa sahaja boleh sohor. Terbaharu, Langkawi sohor kini di media sosial apabila pasangan mempelai, Neelofa dan Haris Ismail didakwa berbulan madu di destinasi pelancongan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di laman Twitter, Langkawi  sohor kini dan pelbagai spekulasi, kecaman serta pendapat berbeza diciap warganet berhubung dakwaan tersebut.

Ada segelintir tertanya-tanya bagaimana pasangan itu boleh merentas negeri untuk berbulan sedangkan Kuala Lumpur dan Selangor berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Rata-rata mereka mempersoal adakah Neelofa dan Haris bercuti atas dasar gelembung pelancongan bersasar domestik yang membenarkan pergerakan pelancong hanya dari negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke negeri lain yang juga berstatus PKPP.

Namun, ada juga yang teruja menunggu gambar-gambar percutian mereka dan mengharapkan agar warganet tidak ‘mencari pasal’ dan busuk hati dengan pasangan mempelai itu hanya kerana mereka seorang selebriti.

Sebelum ini, Deen sohor kini di media sosial apabila Neelofa memuat naik gambar pernikahan mereka dengan kapsyen bertulis “You complete half of my deen, Alhamdulillah.”.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya