Saya pun ada pelajaranlah! - MK - Utusan Malaysia

Saya pun ada pelajaranlah! – MK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dipertikai dan dianggap tidak layak dilantik sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd oleh sesetengah pihak, penyanyi rap era baru tanah air, MK mengaku tidak terkesan dengan cemuhan orang.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan ini, dia sedar sebagai seorang penyanyi rap berimej budak nakal, ramai yang tidak yakin bahawa dia mampu membawa tanggungjawab itu dengan baik.

“Dikecam itu pun saya anggap satu rezeki. Mereka hukum dan kata tak layak tanpa tahu latar belakang akademik saya hanya kerana berdasarkan imej. Saya pun ada pelajaranlah.

“Tapi betul lah kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Walaupun dikecam, amanah ini akan dipikul sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut MK, ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2012, dia mendapat keputusan cemerlang dengan 5A, 3B selain kemudiannya berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2013.

“Secara peribadi, saya anggap keputusan dan tahap pendidikan itu paling baik yang pernah dicapai. Malah, saya percaya ada yang lebih bagus dan cemerlang.

“Apa yang penting, semangat yang ada ketika itu dalam usaha membuktikan kepada keluarga yang saya boleh buat. Alhamdulilah ia menjadi kenangan manis untuk dikenang,” katanya.

 

Dalam pada itu, MK sedar bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang selain menganggap PTTI memiliki alasan tersendiri dalam memilihnya sebagai duta.

“Saya sendiri rasa ada calon lain yang lebih layak berbanding diri ini. Masa nak menerima lamaran PTTI ini pun saya ambil masa untuk menyatakan persetujuan.

“Namun saya percaya, dengan adunan pencapaian akademik dan sedikit pengaruh yang dimiliki, saya akan cuba merealisasikan matlamat PTTI untuk mendekatkan diri dengan generasi baru terutama pelajar-pelajar sekolah,” katanya.

MK mula dilantik sebagai duta PTTI pada awal tahun ini yang mana sebelum ini tugas itu digalas oleh pelakon dan selebriti popular, Mira Filzah.

PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 sudah berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu.

PTTI kini memiliki 25 tenaga pengajar, yang mengajar menerusi formula dan teknik berkesan membimbing pelajar menghadapi SPM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya