KUALA LUMPUR: Tunang kepada Allahyarham penyanyi terkenal, Maya Matahari, Haziq Khairil, berasa tidak layak untuk menyambung cita-cita karier nyanyian kekasihnya andai diberikan peluang untuk menyanyikan single yang tertunda.
“Untuk menyambung lagu arwah saya tidak layak pun. Sekadar menyanyi suka-suka bolehlah,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menerusi Instagram story miliknya, Haziq mengimbas beberapa gambar kenangan bersama arwah.
“Genap setahun pemergian awak hari ini (18 Mac). Doa saya sentiasa bersama awak. Terima kasih untuk segalanya dan terima kasih kerana menjadi yang terbaik buat saya. Semoga awak tenang di sana dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya.
Maya yang popular menerusi lagu Matahari dan Diari Biru meghembuskan nafas terakhir 18 Mac tahun lalu akibat kanser di Hospital Sungai Buloh.