Risteena kini milik Isa - Utusan Malaysia

Risteena kini milik Isa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hanya dengan sekali lafaz Risteena kini sah menjadi isteri kepada pelakon Isa Khan.

Majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya itu berlangsung kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Diadakan dalam keadaan yang cukup ringkas, majlis yang dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat dua pelakon ini juga turut disiarkan secara langsung melalui Instagram Project2pi.

Dalam majlis tersebut, Risteena atau nama sebenar Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, dan Isa dilihat mengenakan persalinan putih rekaan Ezuwan Ismail.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pasangan ini mengenai majlis pernikahan mereka.

Terdahulu pasangan ini terpaksa menunda majlis pernikahan mereka yang dirancang pada 20 November lalu, berikutan pandemik Covid-19 yang sedang melanda.

Risteena yang juga kakak kepada pelakon Ruhainies mengikat tali pertunangan dengan Isa pada 23 November 2019 selepas lima bulan berkenalan.

Difahamkan pasangan ini juga akan turut mengadakan sebuah majlis ringkas malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN