‘Pekin hati kering’- Mona Allen - Utusan Malaysia

‘Pekin hati kering’- Mona Allen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Mona Allen, memberitahu, dia tidak menyangka bahawa suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, Pekin, tegar melayaninya seperti ‘orang asing’ selama lebih 23 hari.

Begitu pun, mengulas lebih lanjut, Mona yang ditemui pada majlis pra-tonton filem Salina berkata, dia sedar pada akhirnya tindakan Pekin hanyalah untuk kebaikannya sebagai seorang pelakon.

“Masa dapat tahu abang Mukhriz tawar kepada saya untuk berlakon dalam filem arahannya pastinya saya gembira sangat, tambahan pula dapat berlakon dengan suami sendiri.

“Tetapi tak sangka pula dia ‘jahat’ hingga menyebabkan saya rasa tertekan sangat ketika itu. Sudahlah baru kahwin, sampaikan saya bercakap dengan sendiri, salah pilih suami ke macam mana? (tergelak kecil).

“Selama 23 hari penggambaran dia memang tak bercakap dengan saya malahan tak duduk sekali apatah lagi makan bersama. Sampailah hari ke-30 kami slow-talk dan dia cakap apa yang dilakukan ini tujuan sebenarnya nak hidupkan watak Salina itu,” luahnya kepada Utusan Malaysia.

Menyentuh sisi peribadi, Mona menyimpan hasrat untuk melabur lebih banyak masa berkualiti bersama ahli keluarga termasuk suami, Pekin Ibrahim sementelah wajar untuk dia berehat dari dunia glamor buat sementara waktu setelah bekerja keras tanpa henti sejak 2018 lagi.

“Usia saya dengan suami dah berapa… masing-masing dah berusia. Jadi, habis sahaja penggambaran panjang sampai tahun depan, saya akan fokus keluarga pula. Apatah lagi hasrat nak berbulan madu pun entah ke mana disebabkan jadual penggambaran padat kemudian sekarang ini kita tengah Covid,” jelasnya.

Berbicara tentang cahaya mata, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 35, berkata, belum ‘berisi’.

“Eh belum lagi, sebab masih terlibat dengan penggambaran panjang lagi ini,” katanya sambil tersenyum.

Mona dan Pekin  mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya