Neelofa, Haris bakal diijabkabul - Utusan Malaysia

Neelofa, Haris bakal diijabkabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memulakan pagi Sabtu dengan khabar gembira, hari ini bakal berlangsung majlis pernikahan pengacara dan pelakon popular, Neelofa bersama pendakwah, Haris Ismail. 

Difahamkan hanya keluarga serta rakan karib yang dijemput hadir.

Desas desus pernikahan Neelofa dan Haris atau PU Riz mula mendapat perhatian apabila warganet mula berteka teki tarikh sebenar pernikahan mereka.

Pelbagai spekulasi dan teka teki yang membanjiri ruang media sosial tetapi hari ini, pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan.

Difahamkan majlis yang bertemakan Jabal Rahmah itu turut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan kesucian sesebuah majlis pernikahan.

Neelofa sebelum ini juga menerusi instastorynya memohon agar peminat mendoakan segala urusan dan perancangannya berjalan lancar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya