KUALA LUMPUR: Ketika ini pelbagai spekulasi membanjiri media sosial apabila ramai yang mula meneka tarikh pernikahan bintang popular, Neelofa dan pendakwah, Haris Ismail.
Antara tarikh panas yang menjadi bualan ramai adalah esok (Khamis) atau Sabtu ini. Malah, lokasi pernikahan juga dikatakan bakal berlangsung di sebuah hotel mewah di ibu kota.
Spekulasi bertambah panas apabila ramai yang mendakwa ahli keluarga pengacara itu mula berkongsi momen membeli belah pakaian yang dipercayai untuk menghadiri majlis pernikahan yang dikatakan berlangsung beberapa hari lagi.
Setakat ini, usaha Utusan Malaysia mendapatkan penjelasan Neelofa gagal lantaran dia dipercayai menutup telefon.
Pernikahan yang digelar ‘Wedding Of The Year’ ini sememangnya mendapat perhatian ramai dan setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak Neelofa berhubung majlis tersebut.
Neelofa menerusi Instastorynya malam tadi berkongsi tiga petikan doa agar Tuhan melapangkan hati dan mempermudah urusannya.
Petikan doa itu turut disertakan perminataan ikhlas pengacara itu yang memohon peminat membacakan tiga doa itu untuknya.