Majlis apa itu Neelofa?
KUALA LUMPUR: Ketika tarikh sebenar pernikahan pengacara popular, Neelofa terus menjadi tanda tanya, wargamet mula berspekulasi apabila dipercayai pelakon itu mengadakan sebuah majlis di rumahnya.
Menerusi hantaran gambar oleh warganet, majlis yang dipercayai diadakan di rumah Neelofa itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan karib pengacara tersebut.
Dalam gambar itu, tetamu yang hadir dilihat memakai pakaian sedondon berwarna merah dan turut kelihatan beberapa hidangan makanan.
Dipercayai majlis tersebut adalah malam berinai untuk pengacara itu popular itu yang mungkin bakal diijab kabul tidak
lama lagi.
Sehingga kini, Neelofa dan pilihan hatinya, Haris Ismail masih berteka-teki dan tidak memberi sebarang pengumuman berhubung majlis pernikahan mereka.
Ada yang meneka esok bakal menjadi tarikh keramat cinta mereka menyatu namun, ada pula yang berspekulasi majlis itu bakal diadakan Sabtu ini.
Dalam pada itu, segelintir warganet turut meluahkan rasa kurang senang melihatkan kedua selebriti itu yang terus mengunci mulut berhubung tarikh pernikahan mereka.