Lagu kurang asli: Luca, Kmy akur keputusan juri - Utusan Malaysia

Lagu kurang asli: Luca, Kmy akur keputusan juri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Duo rap popular, Kmy Kmo dan Luca Sickta, akur dengan keputusan juri profesional Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menerusi lagu 7 Nasihat apabila dikatakan melodi kurang asli.

Begitupun jelas Luca, mereka sudah melakukan yang terbaik dan akan terus berkarya sehingga berjaya kelak.

“Siapalah kami nak menyalahkan mahupun menidakkan apa yang diperkatakan. Kami akur dan pasti akan datang lagi serta terus mencuba sampai jadi. Sejujurnya kami berasa hairan sebab lagu-lagu sebelum ini saya banyak juga rujuk lagu luar sebagai inspirasi dan menjadikan muzik tersendiri.

“Jadi apabila kami hasilkan 7 Nasihat dan diberi komen sebegitu, terasa macam salahkah apa yang kami buat ini? Tetapi bagi kami di pengakhiran pada sebuah lagu yang dihasilkan adalah untuk dikenang bukan sekadar untuk menang, akur sahajalah,” jelas Luca.

Sebagaimana Luca, Kmy berkata, siapa lagi jika bukan mereka dalam mengetengahkan warna warni muzik asli Malaysia dan dia percaya bahawa setiap lagu yang digubah komposer adanya inspirasi daripada lagu lain.

Dalam masa sama mereka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka yang telah memberikan sokongan tanpa henti termasuk  Universal Malaysia dan Todak Music atas usaha keras mereka.

Mengulas kerjasama bersama Raja Pop tanah air, Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Neraca, mereka berasa gembira dengan respons yang diberikan oleh orang ramai.

“Setakat ini komen yang kami terima daripada pendengar Alhamdulillah, mesej sampai dan diterima baik. Kebanyakan komen daripada YouTube, ada yang komen sampaikan air mata menitis,” jelas Luca.

“Kami nak ketengahkan lagu-lagu kemelayuan menerusi rentak rap sementelah kerjasama bersama nama-nama besar adalah bertujuan nak generasi hari ini mengenali penyanyi-penyanyi hebat,” kata Luca kepada Utusan Malaysia.

Pada majlis pelancaran rasmi bersama media untuk lagu TKSB 2020 bersama Hijjaz dan Pasya serta Neraca bersama Datuk Jamal Abdillah, semalam, duo rap itu menerima pengiktirafan plak pertama platinum daripada Universal Music Malaysia, apabila lagu Gong Nekara, Zuhud dan 7 Nasihat ditonton lebih 20 juta tontonan di laman YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya