Kuna sedih tengok krew produksi - Utusan Malaysia

Kuna sedih tengok krew produksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Kuna Muzani, 50, meluahkan rasa sedihnya terhadap pekerja di belakang tabir atau krew produksi apabila diajukan soalan mengenai kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut pelakon hebat itu, meskipun kehidupannya dalam keadaan baik namun terpalit satu perasaan sebak tatkala melihat rakan-rakan di belakang tabir terkesan dengan situasi kini.

“Saya alhamdulillah di sepanjang PKP ada berniaga karipap pusing, syukur laris. Cumanya saya lebih kasihan kepada rakan-rakan krew produksi, mereka yang bekerja di belakang tabir ini.

“Pendapatan mereka berapa sahajalah, sampaikan ada yang tak mampu untuk beli susu anak, ada pula yang tak boleh bayar sewa rumah dan dihalau keluar. Sebagai rakan sekerja saya sedih, jadi kena suarakan,” ujarnya.

Ekoran itu, Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Muzani berkata, dia bersama rakan-rakan sanggup berganding bahu dalam misi membantu golongan yang lebih memerlukan.

“Siapa lagi hendak bantu kalau bukan kita? Jadinya saya kutip duit setiap bulan bersama rakan-rakan dan artis beli barang dapur. Setakat ini yang mampu untuk penduduk di kawasan Ampang. Siapa nak boleh datang.

“Dalam masa sama, kami sedekah untuk rumah anak yatim dan ibu tunggal, dan pelajar di Universiti Islam Antarabanga. Sedih saya… Kena tolong satu sama lain,” jelasnya sebak.

Sementelah itu, pelakon drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini juga berharap agar pihak berwajib dapat membantu dalam meringankan beban penggiat seni.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya