‘Kalau saya dulu berbakul kena maki’- Khiriah - Utusan Malaysia

‘Kalau saya dulu berbakul kena maki’- Khiriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon hebat, Noorkhiriah, 41, menyifatkan segelintir pendatang baharu hari ini tidak serius dalam pekerjaan dunia glamor.

Jelas  Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010, rupa dan bakat perlulah seiring dan pendatang baharu perlu mengharga rezeki terpijak terutama mereka yang diambil berlakon gara-gara popular menerusi media sosial.

“Kerja adalah amanah maka kena ikhlas dengan kerja bukan semata-mata gelek-gelek popular. Kadang-kadang jauh hati juga tapi lama-kelamaan lantaklah. Nak kejar sangat buat apa? Dunia semata-mata bukan boleh bawa ke mana?

“Cuma pesanan saya yang tak bagus ini satu sahaja, rupa dan bakat biar seiring sebab kita dibayar untuk bekerja. Bukan sekadar datang set ibarat melepaskan batuk di tangga selepas itu balik.

“Bagi signal pun pembantu peribadi, kalau zaman saya dulu dah berbakul kena maki. Apa pun rezeki Allah itu Maha Luas, yakin,” katanya.

Terang pelakon berbakat besar itu lagi, untuk menjadi seorang pelakon bukan senang, semuanya berpihak kepada rezeki masing-masing.

“Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Sebab itu setiap peluang yang datang digunakan sebaik-baiknya. Bukan mudah nak dapat macam yang kamu dapat sekarang.

“Sedih jugalah sekarang semakin lama sudah tiada rasa, ini periuk nasi kita bukan setakat datang dan pergi. Berlakonlah dengan rasa jangan harapkan suntingan semata-mata, ke laut dalam perginya.

“Tetapi tak boleh buat apa sebab itulah permintaan dan itulah kehidupan. Hendak ataupun tidak hadap sahajalah, saya sudah penat, cakap lebih-lebih nanti job langsung tak pandang. Andai sudah tiada rezeki lagi, jual kerepek sahajalah jawabnya,” ujar Khiriah menerusi Instagram miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya