Kalau ada jodoh, doakan - Remy Ishak - Utusan Malaysia

Kalau ada jodoh, doakan – Remy Ishak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengakui lebih matang kini, pelakon kacak,Remy Ishak sentiasa melihat bekas tunangnya, Ezza Yusof sebagai seorang wanita yang memahami.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya menjadi lebih matang, diusia sekarang saya tidak nafikan sudah terfikir soal perkahwinan. Cuma saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan dan sebagainya bagi menghormati pihak sana agar tidak tersinggung. Tidak mahu ada salah faham. Kalau ada jodoh doakan.

“Semestinya saya juga mahu pengakhiran yang baik buat kami berdua. Saya mohon doa juga dan jika ada berita gembira pasti akan dikongsikan kepada semua, tapi bukanlah dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Melalui kehidupan awal sebagai seorang anak yang berhadapan dengan penceraian keluarga, akui Remy,39, dia akui masih trauma.

Tambahnya bukan sesuatu yang pelik untuk dia sentiasa bersedia dalam mana-mana hubungan.

“Dari segi hubungan saya akui semakin selesa sebab Ezza semakin memahami. Saya sendiri datang daripada keluarga yang bercerai sejak kecil, jadi masih trauma dengan apa yang berlaku. Jadi saya tidak kisah proses berkawan itu mengambil waktu yang lama.

“Jadi dalam pemilihan calon isteri itu memang akan ada dugaan memang ada putus, ada sambung akan ada kenal orang lain. Jadi kita kena lihat yang mana betul-betul faham dengan Mana yang boleh faham kegilaan dan kerjaya kita, sebab menjadi pelakon ini keadanya berubah-ubah,”katanya.

Sementara itu, status hubungan Remy dan bekas tunangnya mula diperkatakan apabila tular gambar mereka di sebuah majlis hari lahir Ezza baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya