“Jaga Jebat elok-elok” - Sharnaaz - Utusan Malaysia

“Jaga Jebat elok-elok” – Sharnaaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharnaaz menitipkan pesanan supaya bekas isterinya, Noor Nabila dan suami, Engku Emran menjaga anaknya, Jebat dengan sebaik mungkin.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Sharnaaz turut mengucapkan selamat pengantin baharu dan mendoakan kebahagiaan untuk kedua mempelai.

“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran. Semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok elok naa,” katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang meluahkan rasa sebak apabila membaca kapsyen yang dimuat naik pelakon popular itu.

Malah, warganet turut mendoakan agar Sharnaaz juga bertemu wanita pilihan secepat mungkin.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai tahun lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya