Instafamous, betul-betul ada bakat tak? - Izara Aishah - Utusan Malaysia

Instafamous, betul-betul ada bakat tak? – Izara Aishah

Kredit gambar Instagram @izaraaishahofficial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Menjadi sasaran ramai kerana didakwa terlalu vokal menghentam golongan Instafamous yang terjun ke dalam bidang lakonan, pelakon Izara Aishah, 29, tidak menolak, antara puncanya kerana kecenderungan stesen televisyen (TV) menjadikan jumlah pengikut sebagai tanda ukur.

Menurut Izara, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana jumlah tontonan atau kekuatan sesebuah drama dan filem tidak terletak kepada seberapa ramai jumlah pengikut pelakon di media sosial.

“Contohnya, pelakon berpengalaman dan berbakat seperti Sharifah Amani. Dia juga mampu menarik ramai penonton kerana naskhah yang dibintanginya ada kualiti, bukan dinilai mengikut jumlah pengikut.

“Kalau nak ambil pelakon, ambillah dengan cara yang betul. Buat uji bakat supaya pelakon yang dipilih boleh dinilai pada bakat selain memiliki disiplin gerak kerja yang baik. Instafamous ini benar-benar ada bakat tak? Jadi nilai betul-betul.

“Saya percaya, kalau pun seseorang itu mempunyai jumlah pengikut ramai, ia tidak semestinya membantu menaikkan rating di kaca TV. Entah-entah pengikut dia bukan pun tak tengok sangat,”katanya.

Izara berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai perkongsian status yang dimuat naik olehnya di Twitter yang didakwa seolah-olah menghentam golongan Instafamous.

Antara yang ditulis Izara termasuk mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih Instafamous atau influencer untuk tawaran berlakon kerana dianggap lebih murah bayarannya berbanding pelakon sedia ada yang lebih berbakat.

Dalam pada itu, menurut pelakon drama siri Ombak Rindu The Series ini lagi meletakkan harapan tinggi buat golongan Instafamous yang mahu menjadikan seni lakonan sebagai kerjaya agar berupaya menjaga disiplin selain serius dalam bidang ini.

“Betul, sesiapa pun boleh jadi pelakon, tetapi sesiapa pun itu, saya harap seriuslah kalau betul nak buat. Saya harap mereka bersungguh-sungguh sebab tahu ada segelintir mereka hanya mahu main-main sahaja.

“Kami yang memang dalam dunia berlakon ini memang akan terasa sikit sebab kita bersungguh-sungguh kerja di set tapi ada pula yang sebaliknya.

“Pastikan jadi pelakon yang nak belajar untuk menjiwai watak atau karakter. Jangan sekejap ada sekejap tenggelam pula dalam industri,”katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya