‘Infaq untuk 500 rumah asnaf’- Putra Amaris - Utusan Malaysia

‘Infaq untuk 500 rumah asnaf’- Putra Amaris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Putra Amaris,
menyasarkan sebanyak 500 buah rumah asnaf dan 200 untuk anak-anak yatim serta tahfiz untuk dibantu sebelum menjelang bulan puasa nanti.

Mengulas mengenai sasaran, setakat perbincangan bersama komuniti infaq, mereka menyasarkan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu dan sekiranya ada rezeki lebih akan diberikan kepada pekerja barisan hadapan.

“Sebelum ini saya ada terlibat dalam beberapa program amal dan mendapat tahu kos penyelenggaran rumah asnaf, anak-anak yatim dan tahfiz ini tinggi. Sebab itu saya rasa mereka ini lebih memerlukan bantuan keperluan harian berbanding kita yang sudah mampu.

“Tidak lupa juga pada musim pandemik ini, jika ada rezeki lebih kami akan turut membantu pekerja di barisan hadapan,” ujarnya yang menjadikan Ustaz Ebit Lew sebagai idolanya.

Program yang bermula pada 10 April depan, membolehl. orang ramai memberi infaq dalam bentuk wang ringgit ataupun barangan keperluan harian dan boleh hubungi secara terus di talian menerusi Instagram Putra Amaris.

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, dalam program infaq ramadan #samasamakenyang, dia berganding bahu bersama-sama personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri, Marcus Osmand termasuk isterinya, Nur Syazwani Alias.

“Tercetusnya nak buat program ini apabila saya sendiri makan sedap-sedap tapi terjentik di hati, macam manalah mereka yang tak ada kerja di luar sana, apa yang mereka makan?

“Lalu saya bercakap dengan isteri niat berkongsi rezeki, biarpun bisnes kita skala kecil tapi saya nak bantu ikut kemampuan siapa sahaja yang datang berjumpa.

“Selain itu, kadang-kadang bila membuat sesuatu pekerjaan seperti ada yang tak berjalan dengan lancar, terfikir juga apa yang tidak kena dan mungkinkah pada solat saya?.

“Begitu pun, kalau saya dan isteri sahaja mungkin tidak mampu untuk melakukan infaq ini, jadi kami ajak rakan-rakan yang selalu bersama-sama dalam aktiviti amal sebelum ini,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan seni lakonan, pelakon itu bakal menjalani penggambaran drama bersiri di saluran Islamik, Salam HD terbitan A.Aida Production.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya