Ibarat kertas pasir! - Chacha Maembong - Utusan Malaysia

Ibarat kertas pasir! – Chacha Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Chacha Maembong, 24, tampil memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi Nabila Razali tatkala ‘jabatan netizen’ masih lagi belum reda mengkritik penyanyi tersebut gara-gara terkucil ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) semalam.

“Bila orang sakitkan awak berulang kali, ibarat mereka seperti kertas pasir. Mungkin dia orang boleh luka dan sakitkan awak sedikit tetapi pengakhirannya awak tergilap menyinar sementara mereka tidak berguna.

“Awak sudah melakukan yang terbaik dan kami bangga awak tak ambil peduli dengan kata-kata mereka,” tulis Chacha di Instagram Story.

 

Selain Chacha antara rakan artis lain tampil memberikan respons ialah Neelofa, Sarah Suhairi, Michael Ang dan ramai lagi.

Biarpun pelbagai versi kritikan negatif dilemparkan kepada finalis AJL35 tersebut pada malam itu, Nabila sedikit pun tidak ambil pusing, malahan menerima sokongan positif daripada rakan-rakan artis termasuk orang ramai.

Terdahulu menerusi satu hantaran di akaun Twitter milik Nabila selepas persembahan itu, dia sempat menyatakan sudah melakukan sehabis baik untuk lagu tersebut.

“Saya sudah buat yang terbaik. Maafkan saya Hael, Mfmf,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya